21 January 2013

rahmat daripada Ilahi .

In The Name of Allah The Most Gracious The Most Merciful

manusia.
mudah sangat lupa kan ? itulah norma kehidupan. acap kali terdengar ayat tu terluah drpd bibir2 khalifah Allah di muka bumi ni. berulang. ayat yang sama. kenapa ?
tanda mereka muhasabah.
tanda mereka sedar.
tanda mereka ingat semula pada sang Pencipta.
tanda mereka kembali ke jalan yang benar.
setelah penat meneroka dunia yang kadangkala penuh dengan tipu daya.
hingga diri turut berubah menjadi hipokrit.
menjadi hamba kepada dunia.
menjadi hamba kepada nafsu.
lemah dengan tipu daya syaitan.



yess ! itulah manusia.
senang sangat tergoda. senang sangat terleka. senang sangat mempersia.
hanya yang celik mata + hati nya sahaja akan menang
tak akan rebah. tak akan tunduk.
malah malu untuk berbuat dosa di bumi pinjaman Dia ini.

remaja. (senyum)
mereka yang akan meneraju watan tercinta suatu hari nanti.
tapi... sayang seribu kali sayang..
sebahagian drpd mereka hanyut. lalai. lemas di buai mimpi indah.
tiap hari dibuai dengan kata cinta daripada pasangan.
yang belum pasti menjadi imam atau makmumnya nanti.
yang belum pasti bersam-sama mendirikan sebuah masjid atas dasar Islam.
atas dasar cinta kepada Allah, Rasulullah.

mana hilangnya rasa malu ?
kenapa terlalu mudah untuk kalian menanggalkan pakaian malu itu ?
ke mana hilangnya akhi + ukhti yang bertugas menarik mereka ke jalan Nya semula ?
bagaimana boleh pudar kesaktian ayat2 cinta yang dikirim dalam mushaf Nya ?



sahabat.
di saat mereka bertarung dengan perasaan merindu si jejaka atau gadis idaman
mengapa tidak kau lenyapkan rasa itu ?
mengapa tidak kau curahkan kasih sayangmu pada mereka ?
mengapa tidak kau kongsikan ilmu Nya kepada mereka ?
kenapa harus kau biarkan mereka berlari ke jalan yang salah ?

selangkah kau dekati mereka kerana Allah, 
selangkah Allah datang kepadamu menaburkan cinta.
selangkah kau merangkak demi menarik mereka,
selangkah Allah datang menghiburkan jiwa.

ingatlah. bayangkanlah. andai kita di tempat mereka.
hanya satu kebahagiaan yang dicari
hanya satu rasa cinta yang dinanti
hanya satu ketenangan yang ingin dikecapi
iaitu rahmat daripada Ilahi.

tersenyumlah sungguhpun berubah dan mengubah itu pahit, kerana pasti akn kau kecapi 
nikmat Syurga yang teramat manis.


~ NSR ~



No comments:

Post a Comment