20 January 2013

it never ends .

In The Name of Allah The Most Gracious The Most Merciful
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..
(salam dihulur harap bersambut) ^^,

"Pada hari itu sahabat-sahabat karib: setengahnya akan menjadi musuh kepada setengahnya yang lain, kecuali orang-orang yang persahabatannya berdasarkan taqwa (iman dan amal soleh)." (Surah az-Zukhruf, ayat 67)

A : awak, kite bersahabat selamanya ye ?
B : mestilah ! insya Allah kite bersahabat kerana Allah.
A : sampai syurga ye ukhti habibah. :)


Jae : beb, kau janji eh jangan tinggalkan aku. kite kawan selamanya aww.
Kay : yelahhh. kau ni pon risau sangat la. aku janji, selagi aku hidup aku akan sntiasa jadi kawan kau.
Jae : kalau aku buat salah, tegur tauu. kalau aku mcm dah lari drpd landasan, tarik aku balek eh.
Kay : insya Allah. hehe, aku pasti buat. kalau kau nak terjun kolam pun aku akan teman. hehe
Jae : hoi kau ni. hehe. sayang kau lah kay. <3


any response ? ( senyum )
SWEET kan bersahabat ni?

yela, dari masuk tadika umur 5 tahun sampaiiiii laaa habis SPM tingkatan 5 ( zaman persekolahan ) 
setiap masa, tak kira kat mana, keadaan apa
PASTI !!!
selalu dengan kawan2 kan ? pheww~ maniss je saat2 tu

memang laa....
selalu org cakap bile bersahabat ni mesti banyak cabaran. am i right ? (thank u)
Cemburu ? pasti !
Iri Hati ? pasti !
Salah Sangka ? confirm !
Menyampah ? confirm !
(senyum. sengeh. ingat kisah dulu bagi yg dah habis skolah)

seronok kan ? walau terkadang itu pahit. bila tibe2 ada ketidaksamaan pendapat dengan sahabat.
tapi perkara tu lah yang ajar kite jadi matang.

tak mudah melatah dengan dugaan.
tenang menyelesaikan masalah.
tiada pertengkaran yang merisaukan.
tiada jelingan yang menakutkan.
sabar menerima teguran.
alhamdulillah..

buat sahabat :

Hilal Asyraf berkata, "Kalau benar bersahabat biar berpimpin tangan merentas Syurga, bukan menjadi pengkhianat melempar sahabat ke neraka. Maka, jadilah pelindung yang melindungi 
sahabatnya daripada azab Neraka."

sebenarnya ,
sekali kita berbai'ah menjadi seorang sahabat maka satu amanah yang kita telah terima
tanggungjawab kita untuk saling menegur andai ada silapnya
tanggungjawab kita untuk tarik to the right path andai tersasar
tanggungjawab kita utk berkongsi ilmu bila diperlukan

bukan hanya di sisi di saat hati gembira muka bahagia
bukan sekadar teman tatkala bertukar cerita
bukan juga hanya dicari pabila duka menerpa

harus juga diingat bahawa mereka masih manusia biasa
masih juga seorang hamba yg perlu taat pada tuannya
masih seorang anak yang perlu berbakti kpd kedua-dua orang tuanya
masih seorang daie yang perlu menyebarkan dakwahnya
bukan hanya seorang sahabat yang perlu sentiasa disisi kita setiap masa

renungilah
salahnya dia kadang tak sebesar mana 
tapi layakkah kita menghukumnya ?
layakkah kita utk berburuk sangka padanya ?
layakkah kita berkata buruk tentangnya ?
tidak sama sekali !
kerana mereka juga manusia yang sama seperti kita

maka dengan ini saya nak menyeru ! (senyum lagi)
ringankan bibirmu dengan perkataan maaf
tenangkan fikiranmu dengan husnuzhon
perbaharui hatimu dengan istighfar
ceriakan harimu dengan senyuman

ingatlah " Once a friend, forever we are FRIEND "

kepercayaan | kejujuran | keikhlasan | kasih sayang | kesabaran
adalah kunci dalam persahabatan.


~ NSR ~



No comments:

Post a Comment