25 October 2011

Yazid au Yankuz ?

In The Name Of Allah The Most Merciful The Most Gracious

banyak KETAWA membuatkan hati MATI,
banyak BERZIKIR membuatkan hati SUBUR..

yang mana kita semua nak ? tentula yg menyuburkan hati kan.. ade ke manusia yang nak hati mati ?? insya Allah tak ada.. lumrah kita sbgai manusia, sentiasa inginkan kesempurnaan. sedangkan kita tak sedar, yang tiada yang sempurna di dunia ini melainkan Dia. 

sahabat sekalian, kaifa halukum ?? biiznillah, antum bikhair.. kaifa IMANum ?? yazid au yankuz ??? harapnya smua yazid (bertambah) lah ye.. masya Allah, bagi sesiapa yang merasakan bahawa imannya yankuz (berkurang). cepat2 lah cari smula. berdamping smula dengan al-quran, sujud kepada Allah.. cari balik keamanan, ketenangan & kesejahteraan hati yang dah hilang tu.. 

sahabat, ape yang ana titipkan ini bukanlah untuk menjadi riak atau takbur. tetapi, ana juga sedang mengigatkan diri ana. dunia ini hanya sementara sahabat,. tiada yang kekal di dunia ini melainkan akhirat. namun, sudah bersiap siagakah kita untuk menghadapi hari itu ? subhanallah, ana tak dapat bayangkan kalau kiamat berlaku sebentar lagi. di saat ana sedang duduk di hadapan komputer ini, tanpa membuat sebarang amal kebajikan yang mampu menampung segala kesalahan dan dosa ana selama ini. ya Allah, tempatkan aku di kalangan orang yang beriman sungguhpun aku tahu aku tidak layak menjadi penghuni syurga-Mu.

" ketahuilah sesungguhnya kehidupan di dunia itu hanyalah permainan dan sendagurauan, perhiasan dan saling berbangga di antara kamu serta berlumba dalam kekayaan dan anak keturunan, seperti hujan yang tanam-tanamannya mengagumkan petani; kemudian (tanaman) itu menjadi kering dan kamu lihat warnanya kuning kemudian menjadi hancur. dan di akhirat (nanti) ada azab yang keras dan ampunan dari Allah serta keredhaan-Nya. dan kehidupan dunia tidak lain hanyalah kesenangan yang palsu " [al-hadid : 20]

jelas Firman Allah seperti dalam surah in. tapi, kita sering saja leka dan terlupa dengan amarannya setelah diberi nikmat yang tidak terhingga. ana juga dalam dilemma. mengapa ana rasa kosong ? masya Allah, bimbang hati ini telah tertutup dek kotoran yang kian menghitamkan hati ana. sungguh, ana rasa sangat berbeza daripada sediakala. ya Allah, bukalah dan lembutkanlah hatiku in ya Allah. janganlah Kau biarkan aku tersimpang daripada jalan yang benar ya Allah. bantulah hamba-Mu yang hina ini. amiin..

sahabat, bukanlah ana inginkan perhatian daripada kalian dengan tinta ini. tapi, sekadar luahan hati. dengan harapn, ada sahabat yang mahu membantu ana untuk membawa sinar kepada hati ini. tegurlah ana andai ada tersilap kata, tersalah perbuatan menyakitkan hati mana-mana pihak. tegurlah, insya Allah boleh diterima dengan hati yang terbuka. 

kawan ana ada berpesan :
Jangan kau sangka kawanmu yang sering menegurmu itu adalah org yg paling bertaqwa. Jangan kau fikir kawanmu yang sering menasihatimu itu adalah manusia yg tak diuji. Jangan kau ingat kawanmu yang tegas beragama itu adalah manusia yang paling sempurna.Hakikatnya,dia menegurmu utk mengingatkan dirinya jua. Dia menasihatimu utk dirinya turut berjaga2. Dan dia bertegas dalam hal2 agama kerana risaukan bahang api neraka. Kawanmu itu bukanlah MALAIKAT. Dia juga MANUSIA.

Bersangka baiklah,dia sebenarnya mahu memimpinmu masuk ke syurga bersama2 .

insya-Allah sama-sama kita menggapai redha Allah di samping menjalankan tanggungjawab kita sebagai 'ibadullah, dai'ullah & khalifatullah di muka bumi ini.. mudah-mudahan kita semua berada di bawah naungan Allah Azza Wajalla. wassalam.. 







2 comments: