15 August 2013

bukan ku minta

بسم الله الرحمن الرحيم

' adik, janganlah nangis lagi. dah la tu. makan sini akak suap. akak tau adik lapar ni. sebab tu nak makan orang je kejenye, '
lembutku tuturkn kata2 itu utk adik yg disyangi. itulah tugasku, menggantikan tugas ibu yg terpaksa keluar menguruskan hal adik2ku yg lain. lgpn ibuku slalu bpesan, hbungan antra adik beradik kena rapat. spya nnt bile dah besar tak renggang. in shaa Allah ibu, akak akn cuba.

'ala akak diam la. adik penat ni. adik taknak makan. adik tak lapar la. akak pegi la, pegi! adik geli tengok akak! adik tak suke!'

ya Allah, tersentap hati ini mendengar kata2 adikku itu. pinggan yg sedari tadi aku tatang segera diletak di dlm tdg saji. tak sanggup ak menatap wajah anak kecil itu. bukan aku benci, cume hatiku terusik. ya Allah ampunkan aku.

laju air mata ini mengalir di pipiku. deras ibarat hujan yg sedang turun di halaman rumah. mungkinkah alam ini juga mengerti akan perasaanku? ya Allah, tanda apakah ini ? Allah tu Maha Mengetahui, pastinya Dia tahu apa yg sdg aku rasakan tika ini.

smartphone yg berada di sisi segera aku capai. maka berkumandanglah surah al-mukminun yg dialunkan oleh sheikh mishary rashid al-afasy. qari kegemaranku. setiap ayat yg dialunkannye bjya mnyentuh hatiku hingga berlinang air mata mendengarkannya. hatiku terus menangis. mengenangkan kata2 si adik yg masih mentah, tdk mengerti ape yg diperkatakan. 

aku sedar akan kekurangan pd diriku. kecacatan yg aku anggap anugerah drpd Allah. andai dibandingkan dgn mereka yg lebih atas dan sempurna, pastinya aku akan menyalahkan takdir. namun aku ttp bersyukur krna msh ade yg nasibnya barangkali kurg baik drpdku sbgaimana pesan baginda Rasulullah s.a.w :

"Lihatlah orang yang di bawah kamu & janganlah melihat orang yang di atas kamu kerana dengan ( melihat di bawah) lebih mudah untuk kamu tidak meremehkan nikmat Allah yang dilimpahkanNya kepada kamu." [HR Bukhari & Muslim]

teruk sgt ke kekuranganku ini? ya Allah ampuni aku ats perasaan ini. aku lemah ya Allah. tunjukkan aku hikmah di sebalik smua kejadian ini. jgn biarkan aku hidup dlm kekufuran ya Allah. 

adikku, akak tak pernah minta utk jadi seperti ini syg. tak pernah. ini smua kurniaan Allah dik. akak bersyukur krna msh byk nikmat yg telah Allah beri jika hndk dibandingkn dgn kecacatan yg sedikit ini. tolong faham dik, akak tak mintak. janganlah benci akak. tolong jangan dik. tolong kuatkan akak utk terus tempuhi khdupn yg mcabar ni dgn kekurangan yg ad pd diri akak. bantu akak dik, jangan lemahkan akak.

Hati yang indah & sempurna bukanlah hati yang tak pernah retak, kecewa, sedih, pedih & sekadar diisi bahagia saja. Sebaliknya, hati yang paling indah ialah apabila melalui semua keretakan, kepedihan, kekecewaan & kesedihan itu dengan hati yang penuh syukur, sabar & bahagia.. 
Bila ditanya; "apakah kau tidak sedih & berduka? Apakah kau tidak merasa letih & kecewa?" Hati yang indah itu menjawab dalam senyuman; "ya, aku sungguh letih & sedih. Namun, aku bersyukur atas apa yang Allah kurniakan kepadaku. Dunia ini hanya sementara. Aku mahu menjaga hatiku yang sekeping ini agar terus dipenuhi syukur, redha & sabar, agar boleh ku berbahagia di akhirat sana.." 
terima kasih ya Allah, tetap Kaun dtgkan bantuan sungguhpun aku sdg bersedih hati. subhanallah.. allahu akbar... alhamdulillah...

sygku, bersyukurlah dgn stiap nikmat dan kesusahan yg Allah berikan. sungguh, berat mana pun ujian yg kau tempuhi Allah tdk pernah tinggalkanmu syg. tetapi kau yg kadangkala lari drpdNya. kerana Kau sangka Dia tdk cinta dan kasih padamu. sedarlah sygku, andai Dia tdk cinta dan kasih padamu maka tdk akan diturunkan ujian dan dugaan. kerana ujian dan dugaan itulah bukti cintaNya padamu kerna di penghujung nanti, ade keindahan syurga yang menantimu. hadiah paling indah buatmu.



salammuhasabahrindu~cv~


No comments:

Post a Comment